BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 29, 2010

Kebahagiaan kita bersama




Kebahagiaan kita bersama? Apa tu? Kebahagiaan menurut kamus dewan ialah. . .saya pon xtau . Tapi untuk mencapai kebahagiaan , bukan sahaja di dunia malah di akhirat , kita perlukan sesuatu yang dipanggil "KEBERKATAN". 

Dalam kehidupan ini, sedah tentu kita tidak terlepas dari melalukan kesilapan 
, begitu juga saya. Jadi, bersama-samalah kita berubah ke arah lebih positif. Apa yang saya lihat dan perkara ini berlaku di dalam diri saya sendiri, untuk mendapat kebahagiaan, berkat dari emak dan ayah sangat penting... 

Menurut Hassan Al-Banna Kebahagiaan kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak jugapada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagiaan terkait erat pada hati dan ruh manusia yang mendamba ridha Tuhannya.

Friday, November 26, 2010


Erti sebuah kebahagiaan kalau ditanya kepada semua orang pasti kita akan mendapat jawapan yang berbeza-beza. Itu kerana kebahagian boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara tetapi saya yakin ia hanya mempunyai satu makna iaitu "kebahagiaan ialah satu tahap dimana kita dapat mencapat apa yang kita idamkan di dalam hidup."

Ada orang bahagia bila dapat membeli sebuah kereta baru dengan hasil titik peluh mereka sendiri. Bekerja tidak kira masa, siang dan malam. Maka kereta itulah akan menjadi buah hati mereka. Apabila terdapat sedikit kotoran akan dilapkan kereta itu sehingga berkilat seperti baru beli. Dibawanya ke tempat kerja dengan berhati-hati, kalau  orang lain ada buat sedikit silap pasti dia akan membebel dalam kereta. Orang sebelah pemandulah yang akan menjadi mangsa yg terpaksa mendengar bebelan mereka. Itulah kebahagian meraka yang mendapat kerata baru.

Ada orang bahagia bila insan yang diminatinya itu menjadi miliknya. Pada masa itulah mereka akan berada di dunia khayalan mereka seperti tiba-tiba sahaja bulan menjadi besar seperti gergasi, bayu membisik memainkan sebuah lagu 'love the way you lie'. Tapi dalam kebahagian mereka, mereka terlupa akan batas-batas Isalam. Mereka berjalan berpimpin tangan walaupun bukan muhrim. Apabila ditegur mulalah mengata orang penyibuk lah, busy body lah. Itulah kebahagian mereka.


Ada orang bahagia apabila mendapat kerja yang diidamkan mereka sejak dalam rahim ibu lagi. Mereka akan perg kerja dengan penuh semangat da menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Tapi mereka lupa bersyukur kepada tuhan yang telah memberikan mereka rezeki yang baik. Tetapi bagus juga kalau meletakkan kebahagiaan di tempat yang pertama.

Ada orang yang bahagia apabila tercapai hasrat untuk berkahwin dengan kekasih hati yang sudah lama bercinta, disinilah mereka merasakan kasih sayang mereka sudah terbukti apabila terikat sebuah perkahwinan. Majlis yang dibuat penuh dengan gilang gemilang, semuanya hendak dibuat semasa majlis tersebut. Alasannya ialah sekali seumur hidup, biarlah ia menikmati detik kebahagian tersebut. Dalam kebahagian yang dinikmati kita sepatutnya bersyukur kerana Tuhan telah menyatukan dua hati dan jodoh tersebut.

Jadi kebahagian itu bermacam situasi tetapi satu maksud yang sama dan semua orang inginkan kebahagian. Tidak kira anda tukang kebun, guru, blogger, dan siapapun anda pasti semuanya inginkan kebahagian, tak mungkin ada manusia yang inginkan penderitaan.
Anda pula bagaimana? ceritakan apakah kebahagiaan yang anda capai ataupun sebuah kebahagiaan yang anda impikan pada saya. Mungkin kita boleh sama-sama renungkan.